Di kalangan Malaysian, perkara utama kalau nak keluar or bercuti, adalah tempat makan. Especially pulak di luar negara, masing-masing takut kalau tak jumpa tempat makanan halal. Jangan risau kalau ke UK, banyak jer restoren halal - walaupun rata2nya menunya adalah berasaskan masakan Timur Tengah dan India/Pakistan...
Di Edinburgh, banyak tempat-tempat makan halal yang boleh korang cuba. Kebanyakannya terletak di kawasan Edinburgh Central Mosque (EH8 9BT) / Nicolson Sreet / Nicolson Square. Antaranya Kebab Mahal, Tikka Mahal, Mum's Kitchen, Marmaris, Baguette King, Palmyra Pizza and Mosque's Kitchen. Kebab Mahal ni pernah keluar majalah and terima anugerah Scottish Curry Award Winner 2009. Tetapi restoren ni sangat-sangat kecil. Berimpit2lah kalau nak makan. Tahun lepas, Kebab Mahal berjaya beli kedai sebelah untuk extend restoren ni. Tapi dining extension ni hanya dibuka untuk waktu puncak or ada tempahan meja untuk kumpulan yang besar. Harga makanan kat sini secara puratanya dalam 'tengah2' or moderate... tak murah and taklah mahal. Portionnya pulak sangatlah besar... Satu pinggan biryani tu boleh kongsi 2 orang. Kalau betul2 lapar, maybe boleh makan seorang sepinggan kot - But I'm doubt it :) Jangan risau, mereka ni tak kedekut nak bagi pinggan kosong sbb rata2nya pelanggan kat situ pun memang makan kongsi2.
Palmyra Pizza pulak restoren yang menyediakan makanan Timur Tengah - so mesti banyak makanan panggang etc. Tapi yang seronoknya, restoren ni ada menjual western menu - pizza, burger and chips. Ada 10% student discount. Tapi kena tunjuk Student ID Card waktu order, sebabnya nanti diaorang terus nak masukkan discount dalam resit. Kalau tunjuk lepas waiter bagi resit, jawabnya mmg tiada potongan lah. Sbb alasannya, diaorg dah buka resit and diaorang tak boleh ubah. Macam-macam hal...
Kalau nak diikutkan harga makanan, harga kat Mosque's Kitchen (MK) ni lah yang paling murah di kawasan Edinburgh tetapi menunya agak terhad; pilau rice, chicken curry, lamb curry, mesh vegetables, shish kebab and tandoori. Lepas tu makanan pulak dihidangkan secara nasi campur - tapi penjual tu yang akan ambilkan/cedokkan untuk kita. Cuma cakap kombinasi nasi and kari apa yang kita nak. Food portion kat sini, agak sedikitlah kalau nak dibandingkan dengan Kebab Mahal. Seorang tu boleh habis sepinggan. Urusniaga dalam tunai sahaja. MK ni banyak dikunjungi oleh student2 uni dan jugak orang awam - terbuka untuk semua.
Nak cerita pasal MK ni. Mulanya, MK ni terletak di dalam kawasan masjid tu sendiri. And then, diaorang pindah ke premis lain berdekatan dengan kawasan masjid jugak. Premis yang baru ni lebih selesa, ada heater, meja and kerusi yang selesa and ada kemudahan tandas / baby changing room. Premis lama yang kawasan diningnya terletak di luar - ala2 macam warung kat Malaysia. Tak de masalah nak makan kat luar, tapi bila cuaca sejuk tu, faham-faham ajerlah... Lepas tu ada company lain mula meniaga kat premis lama MK (dalam kawasan masjid) dan turut menggunakan nama yang sama - Mosque's Kitchen! A lot of people got confused with this and it created a stir in the community. Adalah cerita2nya kenapa begitu, and kenapa begini. But I'm not going to write on that; this entry is about food. Saya dah pernah cuba kedua2 tempat ni, masing-masing ada pros and cons. Harga pun lebih kurang sama, cuma MK2 baru ni lebih murah (dalam beberapa pence), tapi masa perniagaan diaorg terhad, dalam pukul 7-8 pm dah tutup. Personally saya lebih suka the original MK1 especially kalau saya bawa tetamu untuk makan di kawasan tu.
Nak cerita jugak, semua minuman yang dijual kat restaurant ni adalah dalam bentuk tin atau botol. So, pandailah nak budget order minuman apa. Bukan apa, takut membazir. Air mineral kat UK ni mahal. Kadang2, lebih mahal daripada harga soft drink. Kalau nak murah beli lah air mineral dari supermarket or bawa bekal (jika boleh).
How to get there;
Public Transport - Lothian Bus 3, 5, 7, 8, 14, 29, 30, 31, 33, 37, 47, 49, 51, 52, 62
Car: EH 8 9BT
Kepada yang memandu, kawasan parking di kawasan ni agak terhad. Kalau nak rasa tenang, boleh parking di kawasan masjid - bayaran parking juga dikenakan tapi tak perlulah asyik nak tengok jam jer; takut2 nanti waktu parking dah habis. Additional info; bayaran saman parking lebih masa di kawasan Edinburgh adalah GBP60. Kalau dijelaskan dalam masa 14 hari, ada discount 50%...
Nearest bank: The Royal Bank of Scotland (RBS) and Clydesdale Bank.
How to get there;
Public Transport - Lothian Bus 3, 5, 7, 8, 14, 29, 30, 31, 33, 37, 47, 49, 51, 52, 62
Car: EH 8 9BT
Kepada yang memandu, kawasan parking di kawasan ni agak terhad. Kalau nak rasa tenang, boleh parking di kawasan masjid - bayaran parking juga dikenakan tapi tak perlulah asyik nak tengok jam jer; takut2 nanti waktu parking dah habis. Additional info; bayaran saman parking lebih masa di kawasan Edinburgh adalah GBP60. Kalau dijelaskan dalam masa 14 hari, ada discount 50%...
Nearest bank: The Royal Bank of Scotland (RBS) and Clydesdale Bank.
* I will add some more pictures later :)
No comments:
Post a Comment