27 January 2014

Selipar Jepun dan Botol Mineral? 10 tips untuk mengembara...

Berikut adalah beberapa tips yang boleh kongsikan... Actually banyak, tapi ni kira yang paling penting. Kalau ada tips yang lain, boleh lah tambah dalam ruang komen di bawah...

1. Buat sedikit kerja rumah atau cari info tentang tempat yang kita nak lawati tu. Masa operasi, admission fee (jika ada), kafe etc. Kalau tak faham, macam mana nak menikmati pemandangan atau sejarah tempat tu. Nanti jangan komen "Huh, nampak tiang-tiang besar jer..."

2. Check weather forecast untuk tarikh yang kita nak pergi melawat tu. And then, pack lah baju yang bersesuaian. Nak mengembara ke negara omputih ni, tak perlu bawak baju banyak2 sebabnya cuacanya sejuk, kurang berpeluh. Rugi berat and tempat dalam luggage... nanti nak tarik bag tu pun satu hal jugak. 

3. Bawa selipar jepun. Yang murah2 jer, or yang kita rasa tak nak pakai lagi. Kenapa? Sebabnya, kadang2 hotel yang kita tinggal tu, especially budget hotel or hostel, bilik air and tandasnya di luar bilik tidur. So, dengan selipar tu, boleh lah bawak mandi. Takkan berkasut pulak nak pergi mandi... kalau ada tempat, boleh lah bawak balik. kalau luggage dah penuh, tak lah ralat sangat nak tinggalkan selipar jepun tu...

4. Bawa botol air mineral kosong. Kenapa? Boleh dijadikan botol air minuman. Tak perlu lah bwk jenama Tupperware. Sebabnya, at the end of our trip, boleh buang terus. Tak perlu nak susah2 bawak balik rumah. Kat Europe, susah nak beli air mineral. Kalau jumpa, harganya dalam €2 gitu. Yelah, kalau dah convert duit RM tu, mau sentap jugak, ye tak? So, bawak botol mineral tu. Sampai hotel/hostel/BnB, boleh masak air and penuhkan botol tu. Lagi satu, toilet Europe ni tak de pili air. Manalah tahu, sesiapa yang desperate tu, boleh lah isikan air dalam tu untuk bersuci... 

5. Aktifkan penggunaan kad kredit and ATM card(s) anda. Lebih baik cucuk duit daripada ATM daripada ke money changer... Ratenya lain. Lagipun matawang RM jarang diterima...

6. Kalau nak tempah hotel etc, make sure tempahlah daripada website yang legit. Contohnya Booking.com, Hostel.com and Hotel.com. Kebanyakkan hotel budget kat Europe tiada lift. So, make sure tanya dulu keadaan hotel tu jika ada sakit kaki tak boleh naik tangga tinggi-tinggi. Kalau nak buat tempahan sewa kereta or tempahan ticket, lebih baik buat daripada Malaysia lagi. Sebabnya harga di internet lebih murah, and kadang-kadang ada promotion. So, boleh jimat!

7. Bawaklah beberapa plastic bag (carrier bag).. Untuk bekas baju kotor or untuk shopping barang makan. Sebabnya, ada supermarket kat Europe and UK akan charge kalau nak plastic bag. Taklah mahal, dalam 5-10 pence setiap satu. Untuk menggalakkan pengguna untuk melindungi alam sekitar... Sumbat jer beberapa kat poket luggage. Kalau nak pakai, keluarkan. Kalau tak pakai, boleh buang jer lepas tu.

8. Kepada wanita, elakkan lah pakai kasut tumit tinggi. Sebabnya jalan-jalan di Europe ni kebanyakannya jalan lama, batu-bata. Bukan sahaja nanti sakit kaki, tapi merbahaya, takut tersandung...

9. Isu-isu keselamatan. Biasanya Europe ni selamat tetapi kena senantiasa berjaga-jaga. Elakkan lorong-lorong sempit dan kawasan gelap. Kat Paris, sila berhati-hati dalam Metro sebab banyak penyeluk saku. Sila peluk bagpack anda. Jangan pakai backpack anda dibelakang (seperti biasa) di dalam Metro. Jika travel dengan teman, pastikan anda saling memerhatikan barang masing. Dalam kita asyik menikmati pemandangan sekeliling, jangan lupa ada juga yang memerhatikan kita. Dan jangan terlalu ramah dengan orang yang kita tak kenali... 

10. Bawalah bekalan ubat. macam panadol, ubat tahan sakit or vaporub. Tapi tak perlulah banyak2. Cukup untuk keperluan sepanjang tempoh percutian. Sesiapa yang makan ubat yang specially prescribed for you, sila bawak surat pengesahan doktor. Mereka ni sangat2 particular mengenai drug's control. 

Bukan niat nak menyusahkan atau menakut-nakutkan korang, tetapi bila desperate, benda2 kecik macam ni lah yang buat kita susah. And again, ini just perkongsian sahaja... Bukannya wajib macam kena bawa passport and wang...

Enjoy your trip!

Cath Kidston Day Bag (Navy Spot)


Opening my order from John Lewis Online... 


Tadaa...

Pretty yet practical, Cath Kidston's classic day bag is the perfect size for carrying all of your daily essentials. Crafted from PVC coated cotton, its plastic, protective coating is functional and fashionable, whilst the sturdy cotton webbing grab handles are comfortable to hold. With a main zip fastening, the bag has 2 handy side pockets which are ideal for holding a bottle of water or your umbrella. The interior features a cotton lining, and a zip pocket.
The dimensions are H25xW36.5xD14 cm. But please note that the bag has deep zipper, so high will be not as high as 25cm. When I put my D3100 camera, it became congested. In the beginning, the zipper was quite tough. I put some baby oil to ease it. Now, no problem. The two winged pockets are bonus... I like to wear Cath Kidston bags in this season due the materials durability towards rain... I think I prefer this design/print than the Kensington Rose day bag. The spot design is more versatile and look more fresh... 
Love it!

Oh, about the price... The RRP is £50. But I bought it from John Lewis with 30% discount at £35. I think (as 28 January 2014), John Lewis still have that promotion. Grab yours now!

To my fellow student friends, register yourself at Unidays now for Cath Kidston 10% discount (non-sale items). Hooray!!! 


07 January 2014

Pelancong Malaysia dan isu makanan...

Beberapa tahun kebelakangan ni, sudah ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara. Dulu2, hanya orang kaya, para kerabat diraja atau orang orang kenamaan sahaja yang mampu ke luar negara. Now, semua orang pun boleh. Ikut budget, tepuk dada, tanya selera...

Mereka cenderung nak memilih Singapore, Indonesia, Thailand, atau negara Asia yang lain... Yelah, orang Malaysia ni memang kuat shopping. Sana-sini nak shopping, bukan nak tengok tempat sangat pun... Namun begitu, masih lagi yang sangsi atau bahasa pasarnya takut untuk melancong ke luar negara terutamanya ke negara barat, negara orang putih. Nak tahu kenapa? Sebabnya takut tak de makanan HALAL... 

Case study: Kebelakangan ni, ramai rakan yang upload gambar diaorang pergi melancong. Dalam ruang komen tu, tetiba ade jer soalan bertanya 'halal ker makanan tu?'. Hello!!!, janganlah tanya soalan2 yang menyakitkan hati macam tu. Saya percaya 99% pelancong Melayu mesti nak cari makanan halal... 

Don't get me wrong, saya bukan nak suruh kamu ni main bedal jer. Tapi sayanglah, kalau alasan tak mahu ke negara Barat, sbb susah nak cari makanan halal. Kita kena ingat, tujuan utama kita untuk melancong adalah melawat, belajar sejarah, tingkatkan ilmu pengetahuan, bukannya nak jalan2 cari makan.. walaupun makan tu penting. Kalau cerita makanan, Malaysia is the best! Don't worry, makan steak kat Malaysia lagi sedap daripada makan steak kat Tinseltown, London, makan spagetti kat KL lagi sedap daripada makan spagetti kat Itali...  :P Murah pulak tu...

Takkan sakit walaupun 2-3 hari tak dapat nasi. Byk lagi pilihan makanan yang lain seperti pilihan makanan laut and vegetarian. Lagipun mmg style orang putih ni hanya makan roti (sandwich) pada waktu siang. Memang bukan style diaorang nak makan nasi lauk campur macam kita kat Malaysia. 

Kalau ke UK, jangan risau, melambak2 restoren yang menyajikan makanan yang halal dan yang dibenarkan mengikut syariat. Kepada sesiapa yang ada smartphone tu, boleh dowmload app 'Zabihah'. App ni akan menyenaraikan nama2 restoren halal di sekitar tempat yang korang duduk/lawati... Banyaknya restoren ala2 masakan Pakistan and Timur Tengah. Ada nasi, tapi nasi yang disajikan adalah nasi biryani dan Pilau Rice or paling dekatnya nasi minyak. Mereka ni jarang hidangkan nasi putih. Dan lauknya tak de lah style lain, kecuali ala2 masala or dalam bahasa kita kari...

Fish and chips
Kat Europe pun dah banyak masyarakat Islam, jadi untuk mencari makanan halal tu tak de masalah. Worst come to worst, cuba locate masjid di bandar tu, mesti ada restoren or kedai yang menjual makanan halal di sekitarnya... Tapi kalau melancong ke Eastern Europe, memang problem sikit untuk cari makanan halal, sebab negara2 ni negara bekas komunis, jadi perkembangan agama agak terbantut. And again, don't worry, banyak lagi makanan yang boleh dimakan. Vegetarian option pun not bad... 

And again, tak salah kalau bawak bekal sambal ikan bilis. Nanti boleh beli roti. Or bawak maggie cup, Jgn beli maggie pek tu pulak. Susah nak masak and makan... Saya sendiri pun kalau travel, akan beli roti, donut siap2 dari rumah sebab nak alas perut sementara nak cari makanan kat tempat yang saya pergi tu. Kalau melancong, saya tak kisah sangat pasal nak cari nasi sbb biasanya melancong pun 3-4 hari. Biasanya masa travel memang sibuk and tak akan ada masa nak makan berat2. Kalau makan berat, susah nak jalan nanti. Bila balik rumah, baru makan sedap2 balik. Hehehe... Ada jugak kawan yang sanggup bawak mini rice cooker and bekalan beras dari UK ke Paris sebab nak jugak makan nasi... Macam2 hal...

Prawn Mayo Sandwich (at Debenhams)
Boleh baca my entry about Amsterdam. Ada info mengenai makanan halal (nasi camper, ada lauk sambal). Sedap!!!

Gambar-gambar makanan sewaktu bercuti di Amsterdam (halal)...




Nasi udup (campur) di Iboenda, Amsterdam. Jauh dapat merasa sambal tempe



Toilet
Inilah isu yang paling berat kalau travel. Sebab kat Europe and UK memang susah nak jumpa public toilet. Sebabnya kat sini kurang shopping complex, hanya deretan kedai. Kalau shopping complex ada toilet, free... Paling senang nak cari adalah di restoren atau cafe. TAPI... Kita mesti jadi customer dulu, baru boleh gunakan toilet. Maksudnya, kita kena beli sesuatu dulu macam air minuman and nombor PIN/code kunci akan di'print'kan pada resit. Toilet diaorang berkunci, dengan code yang ada kat resit tu jer, yang membolehkan kita guna toilet. And info yang paling penting, toilet orang putih ni, tak de pili air... So, silalah fikir cara yang sesuai untuk bersuci. Hehehe...

Kesimpulan
Melancong memang seronok, jangan takut-takut :)