07 January 2014

Pelancong Malaysia dan isu makanan...

Beberapa tahun kebelakangan ni, sudah ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara. Dulu2, hanya orang kaya, para kerabat diraja atau orang orang kenamaan sahaja yang mampu ke luar negara. Now, semua orang pun boleh. Ikut budget, tepuk dada, tanya selera...

Mereka cenderung nak memilih Singapore, Indonesia, Thailand, atau negara Asia yang lain... Yelah, orang Malaysia ni memang kuat shopping. Sana-sini nak shopping, bukan nak tengok tempat sangat pun... Namun begitu, masih lagi yang sangsi atau bahasa pasarnya takut untuk melancong ke luar negara terutamanya ke negara barat, negara orang putih. Nak tahu kenapa? Sebabnya takut tak de makanan HALAL... 

Case study: Kebelakangan ni, ramai rakan yang upload gambar diaorang pergi melancong. Dalam ruang komen tu, tetiba ade jer soalan bertanya 'halal ker makanan tu?'. Hello!!!, janganlah tanya soalan2 yang menyakitkan hati macam tu. Saya percaya 99% pelancong Melayu mesti nak cari makanan halal... 

Don't get me wrong, saya bukan nak suruh kamu ni main bedal jer. Tapi sayanglah, kalau alasan tak mahu ke negara Barat, sbb susah nak cari makanan halal. Kita kena ingat, tujuan utama kita untuk melancong adalah melawat, belajar sejarah, tingkatkan ilmu pengetahuan, bukannya nak jalan2 cari makan.. walaupun makan tu penting. Kalau cerita makanan, Malaysia is the best! Don't worry, makan steak kat Malaysia lagi sedap daripada makan steak kat Tinseltown, London, makan spagetti kat KL lagi sedap daripada makan spagetti kat Itali...  :P Murah pulak tu...

Takkan sakit walaupun 2-3 hari tak dapat nasi. Byk lagi pilihan makanan yang lain seperti pilihan makanan laut and vegetarian. Lagipun mmg style orang putih ni hanya makan roti (sandwich) pada waktu siang. Memang bukan style diaorang nak makan nasi lauk campur macam kita kat Malaysia. 

Kalau ke UK, jangan risau, melambak2 restoren yang menyajikan makanan yang halal dan yang dibenarkan mengikut syariat. Kepada sesiapa yang ada smartphone tu, boleh dowmload app 'Zabihah'. App ni akan menyenaraikan nama2 restoren halal di sekitar tempat yang korang duduk/lawati... Banyaknya restoren ala2 masakan Pakistan and Timur Tengah. Ada nasi, tapi nasi yang disajikan adalah nasi biryani dan Pilau Rice or paling dekatnya nasi minyak. Mereka ni jarang hidangkan nasi putih. Dan lauknya tak de lah style lain, kecuali ala2 masala or dalam bahasa kita kari...

Fish and chips
Kat Europe pun dah banyak masyarakat Islam, jadi untuk mencari makanan halal tu tak de masalah. Worst come to worst, cuba locate masjid di bandar tu, mesti ada restoren or kedai yang menjual makanan halal di sekitarnya... Tapi kalau melancong ke Eastern Europe, memang problem sikit untuk cari makanan halal, sebab negara2 ni negara bekas komunis, jadi perkembangan agama agak terbantut. And again, don't worry, banyak lagi makanan yang boleh dimakan. Vegetarian option pun not bad... 

And again, tak salah kalau bawak bekal sambal ikan bilis. Nanti boleh beli roti. Or bawak maggie cup, Jgn beli maggie pek tu pulak. Susah nak masak and makan... Saya sendiri pun kalau travel, akan beli roti, donut siap2 dari rumah sebab nak alas perut sementara nak cari makanan kat tempat yang saya pergi tu. Kalau melancong, saya tak kisah sangat pasal nak cari nasi sbb biasanya melancong pun 3-4 hari. Biasanya masa travel memang sibuk and tak akan ada masa nak makan berat2. Kalau makan berat, susah nak jalan nanti. Bila balik rumah, baru makan sedap2 balik. Hehehe... Ada jugak kawan yang sanggup bawak mini rice cooker and bekalan beras dari UK ke Paris sebab nak jugak makan nasi... Macam2 hal...

Prawn Mayo Sandwich (at Debenhams)
Boleh baca my entry about Amsterdam. Ada info mengenai makanan halal (nasi camper, ada lauk sambal). Sedap!!!

Gambar-gambar makanan sewaktu bercuti di Amsterdam (halal)...




Nasi udup (campur) di Iboenda, Amsterdam. Jauh dapat merasa sambal tempe



Toilet
Inilah isu yang paling berat kalau travel. Sebab kat Europe and UK memang susah nak jumpa public toilet. Sebabnya kat sini kurang shopping complex, hanya deretan kedai. Kalau shopping complex ada toilet, free... Paling senang nak cari adalah di restoren atau cafe. TAPI... Kita mesti jadi customer dulu, baru boleh gunakan toilet. Maksudnya, kita kena beli sesuatu dulu macam air minuman and nombor PIN/code kunci akan di'print'kan pada resit. Toilet diaorang berkunci, dengan code yang ada kat resit tu jer, yang membolehkan kita guna toilet. And info yang paling penting, toilet orang putih ni, tak de pili air... So, silalah fikir cara yang sesuai untuk bersuci. Hehehe...

Kesimpulan
Melancong memang seronok, jangan takut-takut :)

No comments:

Post a Comment