04 March 2013

Edinburgh - Edisi Jalan-Jalan Cari Makan Part 2

Actually ada beberapa lagi tempat makan/restoren halal yang terdapat di Edinburgh selain di kawasan Nicolson Street. Antaranya Kebabish Original di Dalry dan beberapa restoren India/Bangladesh di kawasan Leith. Yang lainnya adalah take-away style.

Ada jugak tempat buffet yang terletak bersebelahan dengan Waverley Station Jimmy Chung's Chinese Buffet. Restoren ni menggunakan ayam halal dalam masakan mereka. Mereka ada sijil ayam halal tapi mereka tak tunjukkan di pintu utama. Simpan dalam laci. Alasannya, mereka takut omputih ni tak mahu masuk ke dalam restoren mereka kerana status halal tu. Jika ada pertanyaan, jgn segan2 tanya dulu status masakan diaorg ni. Masakannya sedap dan ada pelbagai pilihan/masakan. Ada juga desert and ice cream. Kalau pada waktu puncak (biasanya weekend), setiap pelanggan dihadkan makan dalam masa 2 jam jer. Harganya bergantung kepada lunch or dinner and ikut hari. Kalau lunch Mon-Thurs harganya GBP7.49 per person. Kalau dinner GBP 11.99 per person. Kalau hujung minggu, Fri-Sun, lunch is GBP 8.49 per person and dinner is 12.99 per person. Ulanglah ke meja buffet tu sebanyak mana pun selagi ada tempat dalam perut tu :)

Kalau nak ambiance yang relax di kawasan yang mewah, boleh cuba Gourmet Burger Kitchen (GBK). Restoren ni terletak di George Street. This restaurant as the name suggested, mainly serve burger. Burger ayamnya halal (panko bread crumbled chicken) - clearly stated in their website and menu. I suggest you all try Camembert & Cranberry Chicken Burger (9.25). Sosnya rasa manis. Nampak ajer simple, tapi puaslah makan. Kalau nak pedas sikit, boleh try Chicken Satay Burger (8.95). Kalau berminat, boleh order sekali milkshake. Strawberry and Banana are marvelous! Nyumnyum! Sambil tunggu makan tu, kita boleh ambil kacang and air kosong yang disediakan. Mudah jer...

Terdapat satu kedai kecil (take away shop) yang menjual ayam goreng. Lokasinya berdekatan dengan Nicolson Street. Namanya Chickies Fried Chicken (EH8 9JW). Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 12pm hingga 11pm. Kedai ni sangat kecil dan tiada tempat untuk makan di dalamnya. Tapi boleh order delivery through Just-Eat website or directly calling the shop.

Terdapat juga Kentucky Fried Chicken (KFC) halal di Edinburgh. Tapi lokasinya di luar city centre. KFC yang terdapat di Princess Mall dan di Nicolson Street tu tak halal.KFC halal ni terletak di Meadowbank Shopping Park. So, lepas makan, boleh shopping. Alamatnya: EH7 5TS. Boleh naik bas: 4, 5, 15, 19, 26, 34, 44 dan 44A.

Yang lain2, boleh rujuk kat post berlabel food/restaurant/travel. So, kepada pelancong2 Malaysian/Singaporean/Bruneian Muslim yang datang ke Edinburgh, jangan risau pasal part makan ni. Walaupun banyaknya akan ke kawasan Nicolson St. Yang penting, tepuk dada, tanya selera.

Enjoy Edinburgh!

How to get there;
Jimmy Chung's 17, Waverley Bridge, Edinburgh EH1 1BQ
Gourmet Burger Kitchen 137, George Street, Edinburgh, EH2 4JY
KFC, Meadowbank Shopping Park, Edinburgh EH7 5TS
Chickies Fried Chicken, 13 West Crosscauseway, Edinburgh EH8 9JW   

No comments:

Post a Comment