Kat mana nak beli barang dapur dan daging halal di Edinburgh?
Ini lah antara soalan utama yang berlegar2 dalam kepala bila mula2 sampai sini. Senang ke? Mudah ke? Murah ke? Jawapannya mudah dan harganya berpatutan.
Paling utama adalah kedai runcit di kawasan Edinburgh Central Mosque. Basically, ada 3 kedai runcit utama; Maqbool, Bismillah and satu lagi lupa apa nama kedainya. Nampak sangat yang ketiga tu kurang impak di kalangan Malaysian sbb yang selalu disebut2 adalah Maqbool dan Bismillah.
Bismillah ni kedai runcit bersebelahan dengan Kebab Mahal. Kedainya kecil tapi lengkaplah kalau nak beli daging ayam, lembu dan kambing. Tentang harga, tak sure nak cakap sbb harga ikut pasaran, tapi yang utamanya harganya lebih murah daripada harga ayam di pasaraya (harga pada 20 March 2013 - whole chicken leg £1.59 sekilo). Dan boleh beli daging dalam kuantiti yang banyak. Yang istimewanya, kat papan tanda kedai ni ada tulisan Bahasa Melayu 'Di sini ada menjual daging........' :)
Kedai Runcit Bismillah
Kalau nak pilihan barang runcit yang lebih banyak, boleh ke Maqbool. Maqbool ni terletak bersebelahan dengan Masjid (pintu utama). Kedainya lebih besar and of course barangan yang dijual lebih banyak. Personally, saya lebih suka ke sini. Kedainya besar and lebih bersih dan teratur berbanding daripada kedai runcit yang berdekatan. Kat sini, pilihan frozen foodnya lebih banyak. Kalau nak bayar pakai debit card, memerlukan pembelian more than GBP5. Kat Maqbool ni ada juga perkhidmatan Pay Point.
Rahman Halal Meat di Gorgie; berdekatan dengan Sainsbury's Murrayfield. Kedai ni baru dibuka sekitar 2012. Mula2 kedai ni dibuka, harga poultry mmg murah tapi lepas tu jadi mahal pulak. Ikan talapia freash ada dijual tapi mahal. Kawan2 Bangladesh pun kata kedai ni mahal. Tak seperti harga waktu mula2 dibuka dulu.. Maybe dulu promosi lah kot...
Najaf Halal Meat di Leith. Alamat: Elm Row, Leith EH7 4 AQ.
Najaf Halal Meat di Leith. Alamat: Elm Row, Leith EH7 4 AQ.
Kedai2 runcit ni menawarkan perkhidmatan memotong daging. Disebabkan language barrier, bila minta potong tu, cakap terang supaya butcher tu faham apa yang kita nak. Takut nanti, tak faham, ayam hancur pulak. Sbbnya, saya ada juga pernah 'menonton wayang free' pergaduhan mulut antara butcher dengan pelanggan sbb masing2 tak faham apa yang mereka nak/cuba sampaikan... Mmg diaorg ni kurang mesra sikit. Tapi kalau dah jadi pelanggan tetap tu, okay kot. Lagi satu, extra charge untuk perkhidmatan buang kulit ayam.
Rempah2 masakan juga boleh dibeli di sini tapi banyaknya rempah India/Pakistan lah... Ada juga jual sirap, tapi rasanya pelik sikit. Ada juga chicken/beef cube brand Maggi (halal) dijual tapi ianya diimport daripada India. Agak masin sikit. Same goes with Maggi cream mushroom soup... Masinnya!!!
Kalau part sayur pulak, banyaknya sayur untuk masakan ala2 India/Pakistan lah.. Harga sayur mahal. Lebih baik beli di pasaraya macam Asda, Sainsbury's, Tesco dan Morrison. Lebih murah dan segar. Yang murah adalah harga cili padi dan cili merah.
Untuk kami yang study di HWU, kebanyakkannya shopping barang dapur di Asda Chesser. Di Asda, ada section kecil di kawasan poultry untuk ayam dan kambing (lamb and mutton) halal. Halal - green packaging / plastic box. Tapi pilihannya tak banyak dan harganya agak mahal sedikit (double the price). Tapi saya suka, sbb bahagian ayamnya lebih besar dari kedai runcit :) Di kawasan frozen, ada juga sausage, burger patty and other frozen processed food. Ada yang lebih murah dari kedai runcit. Again, bergantunglah kepada kelapangan masing2 bila shopping. Kalau ada masa, boleh lah travel to city untuk ke kedai runcit. Tapi yang tak de masa tu, beli kat Asda pun okay.
Selamat Membeli-belah :)
No comments:
Post a Comment